About Me

My photo
simple person with a sweet smile ( i guest ) hahaha

Wednesday, January 12, 2011

Marinated Grill Lamb


Bahan - bahan :
1 ketul tulang rusuk kambing - dibakar
20 gm kubis - rebus dahulu lalu dipotong kecil
15 gm bawang Holland - hiris nipis
Sedikit mentega
Sedikit garam
Cara membuat :
1. panaskan mentega di dalam kuali lalu masak daging kambing hingga masak
2. Angkat dan tabur dengan garam dan lada.
Bahan Untuk Sos Perang :
50 gm daun seleri
50 gm lobak
50 gm bawang
isi ayam
50 gm tomato puri
Cara membuat :
1. masukkan kesemua bahan dan masak sehingga warna kehitaman.
2. selepas itu, masukkan air sebanyak 80 ml, dan biarkan hingga ia sedikit pekat.
3. Kemudian kisar sehingga hancur tersebut dan tapis sebelum dihidangkan.
Bahan Untuk Sos Pudina :
15 gm cuka
15 gm air
15 gm gula
15 gm daun pudina - hiris halus
5 gm tepung jagung
sedikit garam
cara membuat :
1. campurkan kesemua bahan dan gaulkan
2. kemudian, tepung jagung dicampurkan dengan sedikit air dan gaulkan sebati
CARA PENYEDIAAN :
1. ambil daging kambing yang siap dimasak lalu sapukan sos daun pudina.
2. kemudian tuangkan sos perang
3 hidangkan dengan kubis dan bawang Holland tadi.

No comments:

Post a Comment