About Me

My photo
simple person with a sweet smile ( i guest ) hahaha

Sunday, January 23, 2011

Rose Limau


Bahan - bahan :

Segelas air suam/panas
1 sudu perisa ros
1 biji limau kasturi/nipis
sedikit gula
sedikit garam

cara membuat :

1. bancuh gula ke dalam air suam
2. kemudian perah limau kasturi ke dalam air tersebut.
3. masukkan perasa ros dan garam
4. hidangkan samada sejuk mahupun panas.

Linut @ Ambuyat


Bahan-bahan :

300 gm tepung sagu
sedikit air panas

cara membuat :

1. masukkan tepung sagu bersama sedikit air panas
2. masak di atas api sederhana
3. biarkan sehingga kenyal
4. sedia dihidang.

Umai


Bahan - bahan :

250 gm isi ikan tenggiri - dibuang tulang.
4 biji bawang merah
7 tangkai cili padi - dikisar
6 biji limau nipis - diambil jus
sedikit garam

cara membuat :

1 isi ikan tenggiri dipotong halus
2. campurkan ia bersama jus limau dan hirisan bawang merah dan cili padi.
3. masukkan pula garam
4. sedia dihidang.

Bihun Goreng


Bahan-Bahan :

200 gm bihun
2 biji telur
2 sudu kicap pekat soya
3 ulas bawang putih - dikisar
3 biji bawang merah - dikisar
3 batang sawi
200 gm tauge
150 gm daging
sedikit minyak untuk menumis.

Cara membuat :

1. panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih yg dikisar tadi
2. biarkan sehingga kekuningan.
3. kemudian masukkan pula telur, daging, kicap pekat dan kacau seketika.
4. selepas itu masukkan pula bihun, sawi dan tauge. kacau hingga rata.
5. sedia dihidang.

Monday, January 17, 2011

Mee Goreng


Bahan - bahan :

1 paket mi kuning
2 biji telur
2 ulas bawang putih - dikisar
3 ulas bawang merah dikisar
3 batang sawi
200 gm tauge
50 gm daging
sedikit kicap pekat

cara membuat :

1. panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawangputih yang dikisar tadi. biar hingga kekuningan.
2. kemudian masukkan pula telur, daging, kicap pekat dan kacau seketika
3. setelah itu masukkan mi kuning, sawi dan tauge. gaul sebati.
4 angkat dan hidangkan.

Sup Tulang


Bahan - bahan :

1 kg tulang lembu
4 batang serai - diketuk
1 inci lengkuas - diketuk
4 ulas bawang putih - diketuk
2 bungkus sup bunjut dging
1 sudu besar lada hitam
1 sudu teh serbuk lada putih
1 1/2 sudu garam kasar
3 sudu gula

bahan untuk menumis :

5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 kuntum bunga lawang
2 batang kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
1/2 halia

bahan hiasan :

sedikit taugeh, daun sup dan bawang goreng

cara membuat :

1. tumis bahan tumisan sehingga naik bau
2. kemudian masukkan air dan tulang. Rebus selama 1 jam
3. setelah itu, masukkan sup bunjut, halia, lengkuas, serai, bawang putih yang diketuk, serbuk lada putih, lada hitam, gula dan garam secukup rasa.
4. rebus sup tadi hingga masak.
5. taburkan taugeh dain sup dan bawang goreng tadi.sedia untuk dihidang.

Nasi Daging Hitam


Bahan - bahan :

1 kg daging batang pinang- dipotong dadu
3 sudu kicap pekat dan sos tiram
100 gm kismis hitam
100 gm kerisik
1 cawan air
sedikit jintan manis - digoreng tanpa minyak lalu ditumbuk

Bahan untuk dikisar :

10 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
halia sebesar ibu jari
lengkuas sebesar ibu jari
2 batang serai

Cara membuat :

1. perap daging bersama kicap pekat dan sos tiram selama 30 minit. ketepikan
2. tumis bahan-bahan dikisar tadi hingga kekuningan
3. masukkan pula daging yang diperap
tadi. biarkan empuk dan masukkan air. biarkan hingga air kering.
4. setelah itu kisar kismis hitam dan kerisik
5. setelah daging masak, masukkan kerisik dan kismis yang dikisar. masak seketika
6. akhir sekalitaburkan jintan yang ditumbuk dan sedia dihidang bersama nasi putih