Sunday, January 23, 2011
Rose Limau
Bahan - bahan :
Segelas air suam/panas
1 sudu perisa ros
1 biji limau kasturi/nipis
sedikit gula
sedikit garam
cara membuat :
1. bancuh gula ke dalam air suam
2. kemudian perah limau kasturi ke dalam air tersebut.
3. masukkan perasa ros dan garam
4. hidangkan samada sejuk mahupun panas.
Linut @ Ambuyat
Umai
Bahan - bahan :
250 gm isi ikan tenggiri - dibuang tulang.
4 biji bawang merah
7 tangkai cili padi - dikisar
6 biji limau nipis - diambil jus
sedikit garam
cara membuat :
1 isi ikan tenggiri dipotong halus
2. campurkan ia bersama jus limau dan hirisan bawang merah dan cili padi.
3. masukkan pula garam
4. sedia dihidang.
Bihun Goreng
Bahan-Bahan :
200 gm bihun
2 biji telur
2 sudu kicap pekat soya
3 ulas bawang putih - dikisar
3 biji bawang merah - dikisar
3 batang sawi
200 gm tauge
150 gm daging
sedikit minyak untuk menumis.
Cara membuat :
1. panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih yg dikisar tadi
2. biarkan sehingga kekuningan.
3. kemudian masukkan pula telur, daging, kicap pekat dan kacau seketika.
4. selepas itu masukkan pula bihun, sawi dan tauge. kacau hingga rata.
5. sedia dihidang.
Monday, January 17, 2011
Mee Goreng
Bahan - bahan :
1 paket mi kuning
2 biji telur
2 ulas bawang putih - dikisar
3 ulas bawang merah dikisar
3 batang sawi
200 gm tauge
50 gm daging
sedikit kicap pekat
cara membuat :
1. panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawangputih yang dikisar tadi. biar hingga kekuningan.
2. kemudian masukkan pula telur, daging, kicap pekat dan kacau seketika
3. setelah itu masukkan mi kuning, sawi dan tauge. gaul sebati.
4 angkat dan hidangkan.
Sup Tulang
Bahan - bahan :
1 kg tulang lembu
4 batang serai - diketuk
1 inci lengkuas - diketuk
4 ulas bawang putih - diketuk
2 bungkus sup bunjut dging
1 sudu besar lada hitam
1 sudu teh serbuk lada putih
1 1/2 sudu garam kasar
3 sudu gula
bahan untuk menumis :
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 kuntum bunga lawang
2 batang kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
1/2 halia
bahan hiasan :
sedikit taugeh, daun sup dan bawang goreng
cara membuat :
1. tumis bahan tumisan sehingga naik bau
2. kemudian masukkan air dan tulang. Rebus selama 1 jam
3. setelah itu, masukkan sup bunjut, halia, lengkuas, serai, bawang putih yang diketuk, serbuk lada putih, lada hitam, gula dan garam secukup rasa.
4. rebus sup tadi hingga masak.
5. taburkan taugeh dain sup dan bawang goreng tadi.sedia untuk dihidang.
Nasi Daging Hitam
Bahan - bahan :
1 kg daging batang pinang- dipotong dadu
3 sudu kicap pekat dan sos tiram
100 gm kismis hitam
100 gm kerisik
1 cawan air
sedikit jintan manis - digoreng tanpa minyak lalu ditumbuk
Bahan untuk dikisar :
10 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
halia sebesar ibu jari
lengkuas sebesar ibu jari
2 batang serai
Cara membuat :
1. perap daging bersama kicap pekat dan sos tiram selama 30 minit. ketepikan
2. tumis bahan-bahan dikisar tadi hingga kekuningan
3. masukkan pula daging yang diperap
tadi. biarkan empuk dan masukkan air. biarkan hingga air kering.
4. setelah itu kisar kismis hitam dan kerisik
5. setelah daging masak, masukkan kerisik dan kismis yang dikisar. masak seketika
6. akhir sekalitaburkan jintan yang ditumbuk dan sedia dihidang bersama nasi putih
Sunday, January 16, 2011
Sour Sop
Bahan - bahan :
1 biji durian belanda ( dikeluarkan isi dan dibuang biji)
1 gelas air
1/2 gelas air gula pekat
3 gelas air baru
Cara membuat :
1. ambil 1 gelas air dan campur dengan 30 gm isi buah durian belanda lalu dikisar halus. ketepikan.
2. campur 1 gelas buah durian belanda yang dikisar tadi dengan air gula dan tambahkan isi durian belanda yang selebihnya. gaul sebati.
3. tambahkan 3 gelas air batu untuk mendapat 4 gelas air durian belanda
4. sedia dihidang
Dancing Tea
Rendang Ayam
Bahan - bahan :
1 kilo ayam dipotong bersih
Bahan A (dikisar) :
10 tangkai cili kering
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 sudu rempah biji
1/2 sudu jintan manis
1/2 sudu jintan putih
Bahan B :
5 sudu kerisik
5 sudu kicap pekat
garam secukup rasa
1 helai daun kunyit - di mayang halus
minyak untuk menumis
Cara membuat :
1. kisar semua bahan A. tinggal sedikit selebihnya perap ayam dengan bahan A bersama kicap pekat.
2. tumis sedikit bahan kisar tadi hingga pecah minyak.
3. masukkan ayam yang diperap tadi beserta kerisik
4. masak hingga ayam empuk. kemudian, tambahkan garam secukup rasa. taburkan dengan daun kunyit.
Kari Kambing
Bahan - bahan :
1 kg daging kambing dipotong dadu
200 gm minyak sapi
5 cm kayu manis
4 bji bawang merah - dihiris nipis
5 ulas bawang putih - dihiris nipis
2 sudu serbuk rempah kari digaul sedikit dengan air.
3 tangkai cili hijau - digiling
5 tangkai cili merah - digiling
5 cm kunyit hidup - digiling
1 kuntum bunga lawang
1/2 sudu serbuk kas-kas
garam secukup rasa
1 cawan pati santan.
cara membuat :
1. panaskan minyak sapi dan masukkan kesemua rempah kari tadi. tumis hingga naik bau.
2. kemudian masukkan bawang merah dan bawang putih. kecilkan api dan masak hingga layu. masukkan rempah kari dan gaul rata.
3. apabila naik bau, masukkan lada hijau yang telah digiling tadi. masukkan daging dan garam secukup rasa.
4. kemudian masukkan santan dan kacau sehingga mendidih. kecilkan api dan biarkan mendidih perlahan-lahan sehingga daging empuk.
Vavuval Ayam
Bahan - bahan :
1/2 kilo ayam - dipotong kecil sehingga 32 ketul
1 sudu serbuk cili
1/2 sudu ketumbar
1/4 sudu jintan manis
1/4 sudu jintan putih
1/2 sudu serbuk kayu manis
1/4 sudu kayu lawang - dikisar menjadi serbuk
1/2 sudu gula
garam secukup rasa
sedikit air
sedikit daun kari
1 biji bawang besar dipotong
2 ulas bawang putih dihiris
20 gm halia dicincang
cara membuat :
1.panaskan minyak dan tumis halia, bawang putih sehingga kekuningan. kemudian masukkan daun kari.
2. seterusnya masukkan ayam dan gaul sebati. masak selama 15 minit.
3. kemudian masukkan erbuk cili ,ketumbar, jintan manis, jintan putih, serbuk kayu manis, serbuk lawang dan gula. gaul sebati dan masak lebih kurang 5 minit.
4. kemudian masukkan garam dan akhir sekali masukkan bawang besar dan masak seketika. hidangkan.
Chicken Chop
Bahan - bahan :
5 keping hirisan ayam (bahagian dada)
bahan untuk sos :
1 biji bawang besar dikisar
cara membuat :
1. gaul sebati bahan-bahan tadi bersama ayam lalu disimpan didalam peti sejuk selama 1 hari
Lamb Chop
5 keping lamb shoulder
bahan untuk sos :
1 biji bawang besar dikisar
cara membuat :
1. gaul sebati bahan-bahan tadi bersama lamb shoulder lalu disimpan didalam peti sejuk selama 1 hari
Sambal Udang Special
1 kilo udang besar
2 biji bawang besar - dihiris nipis
2 biji bawang merah - dihiris nipis
4 ulas bawang putih - dikisar
7 tangkai cili kering - dikisar
sedikit belacan
2 sudu air asam
cara membuat :
1. bersihkan udang
2. tumis bawang merah, bawang putih dn cili kering yang telah dikisar bersama belacan tadi.
3. masukkan udang dan masak seketika
4. masukkan bawang besar, biarkan selama 5 minit kemudian angkat.
Sambal Ketam
1 kilo ketam
1/2 sudu serbuk kas-kas
1/2 sudu jintan putih
1/2 sudu jintan manis
1 sudu gula
1 sudu air limau nipis
30 gm cili boh
20 gm lengkuas - dikisar
1 batang serai - dikisar
1 biji bawang besar - dihiris nipis
sedikit garam & serbuk perasa
cara membuat :
1. gaul boh bersama gula dan air limau nipis
2. kemudian panaskan minyak dan masukkan bawang besar serta cili boh tadi. setelah itu, masukkan pula serbuk kas-kas, serbuk jintan manis dan putih. masak selama 10 minit.
3. masukkan bahan yang telah dikisar dan masak selama 15 minit.
4. masukkan ketam yang telah dicuci bersih dan gaul rata. masak seketika dan hidangkan.
Sambal Sotong
Bahan - Bahan :
1/2 kilo sotong - dipotong kecil
30 gm cili boh
20 gm lengkuas - dikisar
1 batang serai - dikisar
1 sudu gula
1 sudu limau nipis
1 biji bawang besar dihiris nipis
sedikit garam dan serbuk perasa
cara membuat :
1. gaul cili boh bersama gula, garam dan air limau nipis. ketepikan.
2. panaskan minyak dan masukkan bawang besar serta cili boh tadi. masak lebih kurang 10 minit.
3. setelah itu, masukkan pula bahan yang dikisar tadi dan masak selama 15 minit.
4. setelah itu, masukkan sotong yang telah siap dipotong dan gaul rata. masak seketika dan angkat. sedia dihidang.
Ayam Goreng
Bahan - bahan :
1 kilo ayam - dipotong dan dibersihkan
5 sudu tepung jagung
30 gm bawang putih - dicincang halus
30gm halia - dicincang halia
1 sudu gula
1 sudu garam
1 sudu air limau nipis
1/2 sudu serbuk kunyit
1 sudu serbuk cili
sedikit air
sedikit perasa
minyak untuk menggoreng
cara membuat :
1. gaul ayam dengan serbuk perasa, gula, garam, air limau nipis, serbuk kunyit dan juga sedikit air. Perap selama 2 jam. Ketepikan.
2. tepung jagung dicampurkan dengan sedikit air, jangan terlalu cair. kacau dan masukkan bawang dan halia yang dicincang tadi bersama serbuk cili dan gaul sebati.
3. kemudian, ambil ayam yang diperap tadi lalu masukkan ke dalam campuran tepung jagung. biarkan selama 10 minit sebelum goreng.
Thursday, January 13, 2011
Kerutuk Daging
Bahan - bahan :
1 kg daging - dipotong
500 ml santan
500 ml air
Sedikit asam jawa - dikisar
10 ulas bawang merah- dikisar
2 ulas bawang putih 1 cm halia- dikisar
2 sudu besar rempah kerutuk
2 sudu besar kerisk
Garam, gula dan minyak
Cara membuat :
1. Tumis bahan-bahan kisar dengan rempah kerutuk hingga naik bau.
2. kemudian, masukkan kerisik dan daging lalu biarkan sampai empuk.
3. masukkan air asam jawa, garam, gula dan biarkan kuah pekat.
4. Sedia dihidang
Wednesday, January 12, 2011
Kari Ayam
1 kilo ayam - dipotong dan dibersihkan
10 gm serbuk cili - dicampur sedikit air
1/2 sudu gula
20 gm lengkuas - dicincang halus
5 gm kunyit hidup - dicincang halus
2 biji bawang merah - dihiris halus
4 ulas bawang putih - dihiris halus
1 sudu air limau nipis
1 sudu asam jawa
garam
1 gelas santan pekat
1 gelas santan cair
sedikit daun kari untuk menumis
cara membuat :
1. panaskan minyak dan masukkan lengkuas, kunyit hidup, bawang merah, bawang putih dan daun kari. Tumis hingga naik bau.
2. setelah itu, masukkan rempah cili yang telah digaul dengan sedikit air dan juga garam
3. setelah pecah minyak, masukkan santan cair lalu dikacau rata. kemudian masukkan 1/2 gelas air. masukkan air limau nipis dan juga air asam jawa. masak seketika sebelum masukkan ayam.
4. biarkan seketika lalu tuangkn santan pekat dan masak lebih kurang 5 minit sebelum diangkat.
Rodeo Spinning
Bruschetta
4 keping roti banguet
Sedikit mentega
Cara membuat :
1. Roti disalai dengan mentega dan dibakar
2. Asingkan 2 roti untuk inti tomato basil dan inti susu cendawan
Bahan - bahan untuk ini tomato basil :
5 ml minyak zaitun
5 gm kismis
5 gm daun basil - dipotong halus
5 gm bawang holland - dipotong halus
5 gm bawang putih - dipotong halus
10 gm tomato - dipotong dadu
Cara membuat :
Gaulkan semua bahan sehingga rata. Letakkan bahan tersebut di atas roti.
Bahan untuk inti cendawan susu :
30 gm cendawan shitake - dipotong dadu
30 gm cendawan butang - dipotong dadu
15 g daun parsley - dihiris halus
20 gm bawang putih - dicincang
60 ml susu segar
15 gm bawang - di hiris halus
20 gm mentega
Cara membuat :
1. panaskan kuali dan masukkan semua bahan tersebut dalam kuali panas.
2. gaul semua sekali sehingga mentega cair dan sebati dengan cendawan yang dimasak.
3. setelah itu, letakkan di atas roti dan sedia untuk dihidang.
Sesame Chicken Salad
Wiener Schitzel
Bahan - bahan :
1 kg daging - dipotong
3 biji telur
50 gm tepung
50 gm serbuk roti
50 gm ubi kentang
5 gm cili kisar
5 gm daun parsley - dicincang
5 gm lada hitam kasar
15 gm bawang Holland - dihiris
15 gm kentang goreng
sos perang secukupnya
Cara membuat :
1. daging diketuk nipis, kemudian disalut dengan telur.
2. kemudian sapu dengan tepung dan akhir sekali dengan serbuk roti. Goreng hingga masak dan ketepikan.
3. sementara itu potong ubi kentang dan lalu ditumis dalam kuali yang panas bersama dengan cili kisar, daun parsley, lada hitam kasar dan garam.
4. sebelum dihidangkan, masukkan daging goreng di dalam pinggan lalu tungkan sos perang ke atas daging tadi.
5. hidang bersama bawang holland dan kentang goreng.
Marinated Grill Lamb
Kue Teow Goreng
Nasi Goreng Kerabu
15 gm ayam - potong dadu
3 ekor udang
15 gm sotong potong dadu
Bahan B :
5 gm bawang putih
5 gm daun limau purut
5 gm bunga kantan
5 gm serai
5 gm cili padi
Bahan C :
1 mangkuk putih
15 sos tiram
Cara Membuat :
1. tumis bahan A dan B. Gaul sehingga sebati
2. Setelah itu, masukkan pula bahan C. Masak seketika
3. Hidangkan.
Nasi Goreng Mangga
Bahan A :
20 gm ayam - potong dadu
3 ekor udang
15 gm udang bebola ikan
Bahan B :
30 gm sayur campur
5 gm bawang putih
15 ml sos tiram
Bahan C :
1 mangkuk kecil nasi putih
50 gm mangga potong dadu
Cara membuat :
1. panaskan minyak dan tumis bahan A, kemudian masukkan bahan B dan C lalu digaul hingga masak.
2. Hidangkan dengan telur goreng.
Aglio Olio
Bahan - bahan :
180 gm spagheti - rebus selama 15 minit
6 ekor udang
15 ml minyak zaitun
5 gm bawang putih - dicincang
5 gm cili merah - dipotong kecil
5 gm cili kering - dikisar
5 gm daun parsley - dicincang
Cara membuat :
1. masukkan minyak zaitun didalam kuali dan tumis bawang putih bersama dengan udang.
2. masukkan spagheti bersama cili kisar dan cili merah. Setelah itu, masukkan gula garam dan cili merah yang dipotong.
3. akhir sekali gaulkan spagheti tersebut bersama daun parsley. Sedia untuk dihidang.
Cili Padi Bolognese
180 gm spagheti - direbus dan tos
15 gm keju parmesan
15 gm daun parsley - dipotong halus
20 gm cili padi
Bahan Untuk Sos Bolognese :
300 gm daging kisar
150 ml tomato puri
100 ml sos perang
50 gm lobak dipotong kecil
50 gam seleri dipotong kecil
50 gm bawang dipotong kecil
Cara membuat :
1. masukkan tomato puri, sos perang,lobak, bawang dan seleri di dalam periuk.
2. masak hingga bahan mendidih
3. selepas itu biarkan ia sejuk dan kisar bahan tersebut.
4. kemudian masukkan semula ke dalam periuk dan dimasak bersama daging kisar.
5. pastikan daging tersebut masak sepenuhnya dan air daging sebati dengan tomato puri yang telah dipanaskan.
Friday, January 7, 2011
Nasi Goreng Chicken Chop
Teh 'C' Istimewa
Ayam Pansuh
Nasi Goreng Nanas
Thursday, January 6, 2011
Pajeri Nanas Sarawak
Ikan Terubuk Kukus
Biscotti Buah Buahan
Udang Gajus Kunyit
Mi hongkong
½ kilo mi kuning
200 gram isi ayam atau daging
1 sudu sos tiram
1 sudu sos cili
2 ulas bawang putih – ditumbuk kasar
3 biji bawang merah – ditumbuk kasar
tepung jagung
sawi
kicap masin
serbuk perasa
garam
cara membuat :
tumiskan bawang putih serta bawang merah
masukkan mi dan gaul sebati. Ketepikan
masukkan isi ayam atau daging dalam kuali bersama sedikit air
selepas itu masukkan sos cili serta sos tiram bersama sawi. Biarkan mendidih seketika masukkan dan masak sehingga pekat
kemudian curah kuah ke atas mi yang telah digoreng tadi. Sedia dihidangkan.
mi tomato
500 gram mi
3 sudu sos tomato
5 biji buah tomato – dikisar
250 gram isi ayam
5 ekor sotong
5 ekor udang
sawi
lobak merah
2 ulas bawang putih – ditumbuk kasar
3 biji bawang merah – ditumbuk kasar
serbuk perasa
garam
sedikit tepung jagung
cara membuat :
tumiskan bawang putih dan bawang merah
masukkan mi. Angkat ketepikan’
masukkan isi ayam, sotong dan udang dalam kuali bersama air
selepas itu, masukkan sos tomato sawi dan lobak merah. Biarkan mendidih seketika.
letakkan buah tomato yang dikisar bersama tepung jagung. Masak sehingga pekat
curahkan kuah ke atas mi yang telah digoreng tadi. Sedia dihidang.
Ikan terubuk masin
1 ekor ikan terubuk masin – dipotong 3 hingga 4 bahagian
2 batang serai – dihiris
sedikit halia – dihiris
sedikit lengkuas – dihiris
serbuk perasa
garam
cara membuat :
letakkan kesemua bahan yang telah dihirs bersama ikan terubuk
masukkan garam dan serbuk perasa
kukus sehingga masak
sedia untuk dihidangkan
sambal ikan bilis tumbuk sarawak
100 gram ikan bilis
5 tangkai cili api
2 biji limau kasturi
belacan sarawak
serbuk perasa
cara membuat :
tumbuk cili api sehingga lumat
masukkan ikan bilis dan tumbuk bersama cili api
masukkan belacan sarawak dan serbuk perasa
tumbuk hingga lumat. Sebatikan dengan jus limau kasturi
sedia untuk dihidangkan
Nasi Goreng Dabai
sepinggan nasi
1 biji telur
sedikit ikan bilis
pes dabai Sarawak
sayur kangkung
serbuk perasa
hirisan bawang
cara membuat :
gorengkan ikan bilis - ketepikan
gorengkan telur dan hancurkan
kemudian, masukkan nasi bersama pes dabai
gaul sebati
kemudian masukkan ikan bilis dan serbuk perasa. Biarkan seketika
masukkan kangkung lal dimasakkan sebentar sebelum dihidngkan