About Me

My photo
simple person with a sweet smile ( i guest ) hahaha

Sunday, January 23, 2011

Rose Limau


Bahan - bahan :

Segelas air suam/panas
1 sudu perisa ros
1 biji limau kasturi/nipis
sedikit gula
sedikit garam

cara membuat :

1. bancuh gula ke dalam air suam
2. kemudian perah limau kasturi ke dalam air tersebut.
3. masukkan perasa ros dan garam
4. hidangkan samada sejuk mahupun panas.

Linut @ Ambuyat


Bahan-bahan :

300 gm tepung sagu
sedikit air panas

cara membuat :

1. masukkan tepung sagu bersama sedikit air panas
2. masak di atas api sederhana
3. biarkan sehingga kenyal
4. sedia dihidang.

Umai


Bahan - bahan :

250 gm isi ikan tenggiri - dibuang tulang.
4 biji bawang merah
7 tangkai cili padi - dikisar
6 biji limau nipis - diambil jus
sedikit garam

cara membuat :

1 isi ikan tenggiri dipotong halus
2. campurkan ia bersama jus limau dan hirisan bawang merah dan cili padi.
3. masukkan pula garam
4. sedia dihidang.

Bihun Goreng


Bahan-Bahan :

200 gm bihun
2 biji telur
2 sudu kicap pekat soya
3 ulas bawang putih - dikisar
3 biji bawang merah - dikisar
3 batang sawi
200 gm tauge
150 gm daging
sedikit minyak untuk menumis.

Cara membuat :

1. panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih yg dikisar tadi
2. biarkan sehingga kekuningan.
3. kemudian masukkan pula telur, daging, kicap pekat dan kacau seketika.
4. selepas itu masukkan pula bihun, sawi dan tauge. kacau hingga rata.
5. sedia dihidang.

Monday, January 17, 2011

Mee Goreng


Bahan - bahan :

1 paket mi kuning
2 biji telur
2 ulas bawang putih - dikisar
3 ulas bawang merah dikisar
3 batang sawi
200 gm tauge
50 gm daging
sedikit kicap pekat

cara membuat :

1. panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawangputih yang dikisar tadi. biar hingga kekuningan.
2. kemudian masukkan pula telur, daging, kicap pekat dan kacau seketika
3. setelah itu masukkan mi kuning, sawi dan tauge. gaul sebati.
4 angkat dan hidangkan.

Sup Tulang


Bahan - bahan :

1 kg tulang lembu
4 batang serai - diketuk
1 inci lengkuas - diketuk
4 ulas bawang putih - diketuk
2 bungkus sup bunjut dging
1 sudu besar lada hitam
1 sudu teh serbuk lada putih
1 1/2 sudu garam kasar
3 sudu gula

bahan untuk menumis :

5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 kuntum bunga lawang
2 batang kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
1/2 halia

bahan hiasan :

sedikit taugeh, daun sup dan bawang goreng

cara membuat :

1. tumis bahan tumisan sehingga naik bau
2. kemudian masukkan air dan tulang. Rebus selama 1 jam
3. setelah itu, masukkan sup bunjut, halia, lengkuas, serai, bawang putih yang diketuk, serbuk lada putih, lada hitam, gula dan garam secukup rasa.
4. rebus sup tadi hingga masak.
5. taburkan taugeh dain sup dan bawang goreng tadi.sedia untuk dihidang.

Nasi Daging Hitam


Bahan - bahan :

1 kg daging batang pinang- dipotong dadu
3 sudu kicap pekat dan sos tiram
100 gm kismis hitam
100 gm kerisik
1 cawan air
sedikit jintan manis - digoreng tanpa minyak lalu ditumbuk

Bahan untuk dikisar :

10 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
halia sebesar ibu jari
lengkuas sebesar ibu jari
2 batang serai

Cara membuat :

1. perap daging bersama kicap pekat dan sos tiram selama 30 minit. ketepikan
2. tumis bahan-bahan dikisar tadi hingga kekuningan
3. masukkan pula daging yang diperap
tadi. biarkan empuk dan masukkan air. biarkan hingga air kering.
4. setelah itu kisar kismis hitam dan kerisik
5. setelah daging masak, masukkan kerisik dan kismis yang dikisar. masak seketika
6. akhir sekalitaburkan jintan yang ditumbuk dan sedia dihidang bersama nasi putih

Sunday, January 16, 2011

Sour Sop


Bahan - bahan :

1 biji durian belanda ( dikeluarkan isi dan dibuang biji)
1 gelas air
1/2 gelas air gula pekat
3 gelas air baru

Cara membuat :

1. ambil 1 gelas air dan campur dengan 30 gm isi buah durian belanda lalu dikisar halus. ketepikan.
2. campur 1 gelas buah durian belanda yang dikisar tadi dengan air gula dan tambahkan isi durian belanda yang selebihnya. gaul sebati.
3. tambahkan 3 gelas air batu untuk mendapat 4 gelas air durian belanda
4. sedia dihidang

Dancing Tea


Bahan - bahan :

1 sudu gula
1/2 gelas susu lembu
2 sudu teh india ( dipanaskan dalam air dan dijadikan teh)

Cara membuat :

sudu lembu dicampurkan dengan satu sudu gula. perlahan-lahan, pati teh tadi dimasukkan ke dalam susu lembu. siap untuk diminum

Rendang Ayam


Bahan - bahan :

1 kilo ayam dipotong bersih


Bahan A (dikisar) :

10 tangkai cili kering
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 sudu rempah biji
1/2 sudu jintan manis
1/2 sudu jintan putih

Bahan B :

5 sudu kerisik
5 sudu kicap pekat
garam secukup rasa
1 helai daun kunyit - di mayang halus
minyak untuk menumis

Cara membuat :

1. kisar semua bahan A. tinggal sedikit selebihnya perap ayam dengan bahan A bersama kicap pekat.
2. tumis sedikit bahan kisar tadi hingga pecah minyak.
3. masukkan ayam yang diperap tadi beserta kerisik
4. masak hingga ayam empuk. kemudian, tambahkan garam secukup rasa. taburkan dengan daun kunyit.

Kari Kambing


Bahan - bahan :

1 kg daging kambing dipotong dadu
200 gm minyak sapi
5 cm kayu manis
4 bji bawang merah - dihiris nipis
5 ulas bawang putih - dihiris nipis
2 sudu serbuk rempah kari digaul sedikit dengan air.
3 tangkai cili hijau - digiling
5 tangkai cili merah - digiling
5 cm kunyit hidup - digiling
1 kuntum bunga lawang
1/2 sudu serbuk kas-kas
garam secukup rasa
1 cawan pati santan.

cara membuat :

1. panaskan minyak sapi dan masukkan kesemua rempah kari tadi. tumis hingga naik bau.
2. kemudian masukkan bawang merah dan bawang putih. kecilkan api dan masak hingga layu. masukkan rempah kari dan gaul rata.
3. apabila naik bau, masukkan lada hijau yang telah digiling tadi. masukkan daging dan garam secukup rasa.
4. kemudian masukkan santan dan kacau sehingga mendidih. kecilkan api dan biarkan mendidih perlahan-lahan sehingga daging empuk.

Vavuval Ayam


Bahan - bahan :

1/2 kilo ayam - dipotong kecil sehingga 32 ketul
1 sudu serbuk cili
1/2 sudu ketumbar
1/4 sudu jintan manis
1/4 sudu jintan putih
1/2 sudu serbuk kayu manis
1/4 sudu kayu lawang - dikisar menjadi serbuk
1/2 sudu gula
garam secukup rasa
sedikit air
sedikit daun kari
1 biji bawang besar dipotong
2 ulas bawang putih dihiris
20 gm halia dicincang

cara membuat :

1.panaskan minyak dan tumis halia, bawang putih sehingga kekuningan. kemudian masukkan daun kari.
2. seterusnya masukkan ayam dan gaul sebati. masak selama 15 minit.
3. kemudian masukkan erbuk cili ,ketumbar, jintan manis, jintan putih, serbuk kayu manis, serbuk lawang dan gula. gaul sebati dan masak lebih kurang 5 minit.
4. kemudian masukkan garam dan akhir sekali masukkan bawang besar dan masak seketika. hidangkan.

Chicken Chop



Bahan - bahan :

5 keping hirisan ayam (bahagian dada)
1 sudu air limau nipis
1 sudu serbuk jintan manis
1/4 sudu serbuk ketumbar
1/2 sudu gula
1/4 sudu serbuk cili
1/4 serbuk kayu manis
1 biji bawang besar - dihiris nipis
1 biji tomato - dihiris nipis
sedikit salad
sedikit sayur campur
100 gm kentang goreng

bahan untuk sos :

1 biji bawang besar dikisar
2 sudu besar sos cili
1 sudi besar sos tomato
1 sudu besar sos Lea & Perrin
2 ulas bawang putih - dicincang halus
* campurkan semua bahan, masak sehingga sos pekat

cara membuat :

1. gaul sebati bahan-bahan tadi bersama ayam lalu disimpan didalam peti sejuk selama 1 hari
2. setelah itu gorengkan hingga masak
3. hidang bersama kentang goreng, hirisan tomato. hirisan bawang besar, daun salad, sayur campur dan sos

Lamb Chop


Bahan - bahan :

5 keping lamb shoulder
1 sudu air limau nipis
1 sudu serbuk jintan manis
1/4 sudu serbuk ketumbar
1/2 sudu gula
1/4 sudu serbuk cili
1/4 serbuk kayu manis
1 biji bawang besar - dihiris nipis
1 biji tomato - dihiris nipis
sedikit salad
sedikit sayur campur
100 gm kentang goreng

bahan untuk sos :

1 biji bawang besar dikisar
2 sudu besar sos cili
1 sudi besar sos tomato
1 sudu besar sos Lea & Perrin
2 ulas bawang putih - dicincang halus
* campurkan semua bahan, masak sehingga sos pekat

cara membuat :

1. gaul sebati bahan-bahan tadi bersama lamb shoulder lalu disimpan didalam peti sejuk selama 1 hari
2. setelah itu gorengkan hingga masak
3. hidang bersama kentang goreng, hirisan tomato. hirisan bawang besar, daun salad, sayur campur dan sos

Sambal Udang Special

Bahan - bahan :

1 kilo udang besar
2 biji bawang besar - dihiris nipis
2 biji bawang merah - dihiris nipis
4 ulas bawang putih - dikisar
7 tangkai cili kering - dikisar
sedikit belacan
2 sudu air asam

cara membuat :

1. bersihkan udang
2. tumis bawang merah, bawang putih dn cili kering yang telah dikisar bersama belacan tadi.
3. masukkan udang dan masak seketika
4. masukkan bawang besar, biarkan selama 5 minit kemudian angkat.

Sambal Ketam

Bahan - bahan :

1 kilo ketam
1/2 sudu serbuk kas-kas
1/2 sudu jintan putih
1/2 sudu jintan manis
1 sudu gula
1 sudu air limau nipis
30 gm cili boh
20 gm lengkuas - dikisar
1 batang serai - dikisar
1 biji bawang besar - dihiris nipis
sedikit garam & serbuk perasa

cara membuat :

1. gaul boh bersama gula dan air limau nipis
2. kemudian panaskan minyak dan masukkan bawang besar serta cili boh tadi. setelah itu, masukkan pula serbuk kas-kas, serbuk jintan manis dan putih. masak selama 10 minit.
3. masukkan bahan yang telah dikisar dan masak selama 15 minit.
4. masukkan ketam yang telah dicuci bersih dan gaul rata. masak seketika dan hidangkan.

Sambal Sotong



Bahan - Bahan :

1/2 kilo sotong - dipotong kecil

30 gm cili boh

20 gm lengkuas - dikisar

1 batang serai - dikisar

1 sudu gula

1 sudu limau nipis

1 biji bawang besar dihiris nipis

sedikit garam dan serbuk perasa

cara membuat :

1. gaul cili boh bersama gula, garam dan air limau nipis. ketepikan.

2. panaskan minyak dan masukkan bawang besar serta cili boh tadi. masak lebih kurang 10 minit.

3. setelah itu, masukkan pula bahan yang dikisar tadi dan masak selama 15 minit.

4. setelah itu, masukkan sotong yang telah siap dipotong dan gaul rata. masak seketika dan angkat. sedia dihidang.

Ayam Goreng


Bahan - bahan :

1 kilo ayam - dipotong dan dibersihkan
5 sudu tepung jagung
30 gm bawang putih - dicincang halus
30gm halia - dicincang halia
1 sudu gula
1 sudu garam
1 sudu air limau nipis
1/2 sudu serbuk kunyit
1 sudu serbuk cili
sedikit air
sedikit perasa
minyak untuk menggoreng

cara membuat :

1. gaul ayam dengan serbuk perasa, gula, garam, air limau nipis, serbuk kunyit dan juga sedikit air. Perap selama 2 jam. Ketepikan.
2. tepung jagung dicampurkan dengan sedikit air, jangan terlalu cair. kacau dan masukkan bawang dan halia yang dicincang tadi bersama serbuk cili dan gaul sebati.
3. kemudian, ambil ayam yang diperap tadi lalu masukkan ke dalam campuran tepung jagung. biarkan selama 10 minit sebelum goreng.

Thursday, January 13, 2011

Kerutuk Daging


Bahan - bahan :

1 kg daging - dipotong
500 ml santan
500 ml air
Sedikit asam jawa - dikisar
10 ulas bawang merah- dikisar
2 ulas bawang putih 1 cm halia- dikisar
2 sudu besar rempah kerutuk
2 sudu besar kerisk
Garam, gula dan minyak

Cara membuat :

1. Tumis bahan-bahan kisar dengan rempah kerutuk hingga naik bau.
2. kemudian, masukkan kerisik dan daging lalu biarkan sampai empuk.
3. masukkan air asam jawa, garam, gula dan biarkan kuah pekat.
4. Sedia dihidang

Wednesday, January 12, 2011

Kari Ayam

Bahan - bahan :

1 kilo ayam - dipotong dan dibersihkan
10 gm serbuk cili - dicampur sedikit air
1/2 sudu gula
20 gm lengkuas - dicincang halus
5 gm kunyit hidup - dicincang halus
2 biji bawang merah - dihiris halus
4 ulas bawang putih - dihiris halus
1 sudu air limau nipis
1 sudu asam jawa
garam
1 gelas santan pekat
1 gelas santan cair
sedikit daun kari untuk menumis

cara membuat :

1. panaskan minyak dan masukkan lengkuas, kunyit hidup, bawang merah, bawang putih dan daun kari. Tumis hingga naik bau.
2. setelah itu, masukkan rempah cili yang telah digaul dengan sedikit air dan juga garam
3. setelah pecah minyak, masukkan santan cair lalu dikacau rata. kemudian masukkan 1/2 gelas air. masukkan air limau nipis dan juga air asam jawa. masak seketika sebelum masukkan ayam.
4. biarkan seketika lalu tuangkn santan pekat dan masak lebih kurang 5 minit sebelum diangkat.

Rodeo Spinning

Bahan - bahan :

30 ml ais
30 ml air gula
15 ml susu
15 ml jus anggur
15 ml jus merah jambu
15 ml jus tebu
1 keping lemon (hiasan)

Cara membuat :

1. Masukkan air gula dan air lalu dikisar
2. Tuangkan ke dalam cawan diikuti dengan susu, jus anggur, jus merah jambu,jus tebu.
3. Hias dengan lemon. Hidangkan.

Bruschetta

Bahan - bahan :

4 keping roti banguet
Sedikit mentega

Cara membuat :

1. Roti disalai dengan mentega dan dibakar
2. Asingkan 2 roti untuk inti tomato basil dan inti susu cendawan

Bahan - bahan untuk ini tomato basil :

5 ml minyak zaitun
5 gm kismis
5 gm daun basil - dipotong halus
5 gm bawang holland - dipotong halus
5 gm bawang putih - dipotong halus
10 gm tomato - dipotong dadu

Cara membuat :

Gaulkan semua bahan sehingga rata. Letakkan bahan tersebut di atas roti.

Bahan untuk inti cendawan susu :

30 gm cendawan shitake - dipotong dadu
30 gm cendawan butang - dipotong dadu
15 g daun parsley - dihiris halus
20 gm bawang putih - dicincang
60 ml susu segar
15 gm bawang - di hiris halus
20 gm mentega

Cara membuat :

1. panaskan kuali dan masukkan semua bahan tersebut dalam kuali panas.
2. gaul semua sekali sehingga mentega cair dan sebati dengan cendawan yang dimasak.
3. setelah itu, letakkan di atas roti dan sedia untuk dihidang.

Sesame Chicken Salad


Bahan untuk membuat Croutons ( roti bakar)
5 keping roti - dipotong
20 ml minyak zaitun
15 ml daun parsley - dicincang
10 gm campuran herba
Cara membuat :
1. bakar roti dalam ketuhar pada 150'C selama 5 minit
2. kemudian keluarkan roti semula, gaulkan minyak zaitun, daun parsley dan campuran herba.
3. bakar semula roti tersebut dalam ketuhar dan pastikan roti menjadi keras.
4. sebelum disediakan taburkan croutons, tomato dan daging sosej ke dalam pinggan lalu hidangkan bersama ayam yang siap dimasak dan potong lebar 2 sm.
Bahan - bahan:
1 ketul dada ayam
50 gm kubis ungu
50 gm kubis putih
15 gm Croutons (roti bakar)
15 gm daging sosej rangup
5 gm keju parmesan
15 gm bawang Holland
20 ml cuka limau kuning
15 gm tomato dipotong dadu
herba campuran secukupnya
sedikit serbuk cili
Cara membuat :
1. dada ayam disapu oleh herba campuran, serbuk cili dan dimasak atas kuali.
2. Kemudian, campurkan kubis ungu, kubis putih, bawang Holland dan cuka limau kuning.
3. Gaulkan sehingga serata dan taburkan garam dan lada. Diletak atas pinggan. Ketepikan.

Wiener Schitzel



Bahan - bahan :

1 kg daging - dipotong

3 biji telur

50 gm tepung

50 gm serbuk roti

50 gm ubi kentang

5 gm cili kisar

5 gm daun parsley - dicincang

5 gm lada hitam kasar

15 gm bawang Holland - dihiris

15 gm kentang goreng

sos perang secukupnya

Cara membuat :

1. daging diketuk nipis, kemudian disalut dengan telur.

2. kemudian sapu dengan tepung dan akhir sekali dengan serbuk roti. Goreng hingga masak dan ketepikan.

3. sementara itu potong ubi kentang dan lalu ditumis dalam kuali yang panas bersama dengan cili kisar, daun parsley, lada hitam kasar dan garam.

4. sebelum dihidangkan, masukkan daging goreng di dalam pinggan lalu tungkan sos perang ke atas daging tadi.

5. hidang bersama bawang holland dan kentang goreng.

Marinated Grill Lamb


Bahan - bahan :
1 ketul tulang rusuk kambing - dibakar
20 gm kubis - rebus dahulu lalu dipotong kecil
15 gm bawang Holland - hiris nipis
Sedikit mentega
Sedikit garam
Cara membuat :
1. panaskan mentega di dalam kuali lalu masak daging kambing hingga masak
2. Angkat dan tabur dengan garam dan lada.
Bahan Untuk Sos Perang :
50 gm daun seleri
50 gm lobak
50 gm bawang
isi ayam
50 gm tomato puri
Cara membuat :
1. masukkan kesemua bahan dan masak sehingga warna kehitaman.
2. selepas itu, masukkan air sebanyak 80 ml, dan biarkan hingga ia sedikit pekat.
3. Kemudian kisar sehingga hancur tersebut dan tapis sebelum dihidangkan.
Bahan Untuk Sos Pudina :
15 gm cuka
15 gm air
15 gm gula
15 gm daun pudina - hiris halus
5 gm tepung jagung
sedikit garam
cara membuat :
1. campurkan kesemua bahan dan gaulkan
2. kemudian, tepung jagung dicampurkan dengan sedikit air dan gaulkan sebati
CARA PENYEDIAAN :
1. ambil daging kambing yang siap dimasak lalu sapukan sos daun pudina.
2. kemudian tuangkan sos perang
3 hidangkan dengan kubis dan bawang Holland tadi.

Kue Teow Goreng


Bahan A :
15 gm kerang
4 ekor udang
10 gm sotong - dipotong dadu
Bahan B :
5 gm daun kucai
5 gm tauhu
5 gm tauge
10 gm pes sambal
10 gm sos tiram
5 gm kicap hitam
sedikit garam
sedikit lada
Bahan C :
1 biji telur
180 gm kue teow
Cara membuat :
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali kemudian tumis bahan A dan B.
2. kemudian , masukkan pula bahan C. Pastikan bahan tersebut tidak terlibih masak.
Sedia dihidang.

Nasi Goreng Kerabu

Bahan A :

15 gm ayam - potong dadu
3 ekor udang
15 gm sotong potong dadu

Bahan B :

5 gm bawang putih
5 gm daun limau purut
5 gm bunga kantan
5 gm serai
5 gm cili padi

Bahan C :

1 mangkuk putih
15 sos tiram

Cara Membuat :

1. tumis bahan A dan B. Gaul sehingga sebati
2. Setelah itu, masukkan pula bahan C. Masak seketika
3. Hidangkan.



Nasi Goreng Mangga



Bahan A :

20 gm ayam - potong dadu

3 ekor udang

15 gm udang bebola ikan

Bahan B :

30 gm sayur campur

5 gm bawang putih

15 ml sos tiram

Bahan C :

1 mangkuk kecil nasi putih

50 gm mangga potong dadu

Cara membuat :

1. panaskan minyak dan tumis bahan A, kemudian masukkan bahan B dan C lalu digaul hingga masak.

2. Hidangkan dengan telur goreng.

Aglio Olio


Bahan - bahan :

180 gm spagheti - rebus selama 15 minit
6 ekor udang
15 ml minyak zaitun
5 gm bawang putih - dicincang
5 gm cili merah - dipotong kecil
5 gm cili kering - dikisar
5 gm daun parsley - dicincang

Cara membuat :

1. masukkan minyak zaitun didalam kuali dan tumis bawang putih bersama dengan udang.
2. masukkan spagheti bersama cili kisar dan cili merah. Setelah itu, masukkan gula garam dan cili merah yang dipotong.
3. akhir sekali gaulkan spagheti tersebut bersama daun parsley. Sedia untuk dihidang.

Cili Padi Bolognese

Bahan - bahan :

180 gm spagheti - direbus dan tos
15 gm keju parmesan
15 gm daun parsley - dipotong halus
20 gm cili padi

Bahan Untuk Sos Bolognese :

300 gm daging kisar
150 ml tomato puri
100 ml sos perang
50 gm lobak dipotong kecil
50 gam seleri dipotong kecil
50 gm bawang dipotong kecil

Cara membuat :

1. masukkan tomato puri, sos perang,lobak, bawang dan seleri di dalam periuk.
2. masak hingga bahan mendidih
3. selepas itu biarkan ia sejuk dan kisar bahan tersebut.
4. kemudian masukkan semula ke dalam periuk dan dimasak bersama daging kisar.
5. pastikan daging tersebut masak sepenuhnya dan air daging sebati dengan tomato puri yang telah dipanaskan.

Friday, January 7, 2011

Nasi Goreng Chicken Chop




Bahan A


20 gm ayam - dipotong dadu

3 ekor udang

15 gm bebola ikan


Bahan B


30 gm sayu campur

5 gm bawang putih - dihiris

15 ml sos tiram


Bahan C


1 mangkuk nasi putih


Bahan Untuk Chicken Chop


1 keping paha ayam tanpa tulang

1 biji telur

tepung dan serbuk roti


Cara Membuat


1. Tumis bahan A dan B sehingga masak kemudian masukkan nasi putih. gaul rata dan ketepikan nasi goreng tadi.

2. Ambil ayam dan adunkan bersama dengan telur yang dipecahkan, kemudian tepung dan terakhir serbuk roti.

3. Gaul sebati dan biarkan

4. Goreng aya tersebut hingga masak

5. Hidangkan ayam tadi bersama dengan nasi.

Teh 'C' Istimewa




Bahan - bahan :


Teh

Gula Apong

Kiub ais

Susu cair



Cara membuat :


1. Masukkan gula apong kedalam gelas

2. kemudian masukkan seidikit kiub ais

3. masukkan susu cair perlahan-lahan

4. masukkan bancuhan teh

5. Hidangkan

Ayam Pansuh




Bahan - bahan :


1 ekor ayam - dipotong sederhana besar

1 ikat pucuk ubi

4 batang serai - dihiris

sedikit lengkuas - dihiris

sedikit halia - di hiris

cili siam

sedikit pucuk ubi

serbuk perasa

garam


cara membuat :


1. taburkan kesemua bahan dihiris ke atas ayam

2. kukus bahan tersebut sehingga masak

3. masukkan ubi dan serbuk perasa

4. sedia dihidang

Nasi Goreng Nanas




Bahan - bahan :


1 mangkuk nasi putih

sedikit nanas - dipotong kecil

100 gm isi ayam

2 ulas bawang putih

2 ulas bawang merah

serbuk lada sulah

serbuk perasa

garam


cara membuat :


1. tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau

2. masukkan isi ayam diikuti serbuk lada sulah

3. masukkan nasi bersama nanas, garam dan serbuk perasa. gaul hingga sebati dan biarkan masak

4. sedia untuk dihidang

Thursday, January 6, 2011

Pajeri Nanas Sarawak




Bahan - bahan :


1 biji nanas - dipotong nipis

1/2 inci halia

4 sm kulit kayu manis

3 kuntum bunga cengkih

2 kuntum bunga lawang

2 biji buah pelaga

2 biji bawang dikisar

2 ulas bawang putih dikisar

serbuk perasa

gula dan garan\m


cara membuat :


1. tumiskan halia, , kulit kayu manis, cengkih, bunga lawang, buah pelaga, bawang merah dan bawang putih sehingga wangi.

2 setelah itu masukkan nanas serta sedikit air

3. tambah serbuk perasa, gula serta garam. masak sehingga mendidih

4. sedia untuk dihidang

Ikan Terubuk Kukus




Bahan - bahan :


1 ekor ikan terubuk di potong 3 - 4 bahagian

2 batang serai

sedikit halia - dihiris

sedikit lengkuas - dihiris

serbuk perasa

garam


cara membuat :


1. letakkan kesemua bahan yang telah dihiris bersama ikan terubuk

2. masukkan garam dan serbuk perasa

3. kukus sehingga masak

4. sedia untuk dihidang

Biscotti Buah Buahan




A) Diadunkan bersama :


100 ml Krime Sejat Marigold

3 butir telur dipukul perlahan-lahan

4 sudu kecil Esen Vanila


B) diadun bersama :


200 gm tepung badan

300 gm Campuran buah-buah kering

240 gm gula halus


C) Diayak bersama :


520gm tepung gandum

1 1/4 sudu kecil serbuk penaik


Cara membuat :


1. panaskan ketuhar pada suhu 180'C. Campurkan bahan B dan C hingga buah-buahan kering tadi disalur dengan tepung

2. buatkan lubang di tengah-tengah adunan tadi dan perlahan-lahan masukkan bahan A. Uli hingga menjadi doh. (jika doh kering dan hancur, tambahkan lagi beberapa sudu krimer sejat marigold

3. bentukkan adunan menjadi beberapa ketulan roti kecil dan letakkan di atas dulang pembakar yang telah dilengserkan

4. bakar selaa 25 minit. keluarkan dan biar sejuk.

5. ketulan roti yang dibakar tadi dihirs nipis-nipis dan bakar lagi selama 40 minit pada suhu 140'C atau sehingga hirisan menjadi kering dan rangup

6. biarkan sejuk sebelum disimpan dalam botol kedap udara.

Udang Gajus Kunyit




Bahan - bahan :


500gm Udang besar dibuang kulit

1 daun kunyit dicarik elok

Garam dan lada hitam


Bahan untuk dikisar :


1/4 cawan Susu Isian Sejat Marigold

30 gm kunyit segar

90 gm gajus mentah


Cara Membuat :


1. Panaskan minyak secukupnya untuk menggoreng udang sehingga masak. kemudian angkat dan letkakkan ketepi.

2. Panaskan 2 sudu besar minyak dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar sehingga minyak terasing dengan bahan-bahan yang telah ditumis. Masukkan Susu Isian Sejat Marigold sehingga campuran pekat. Kemudian masukkan udang dan daun kunyit. Tambahkan garam dan lada hitam secukup rasa. Gaul seketika dan boleh diangkat untuk hidangan.

Mi hongkong




Bahan-bahan :


½ kilo mi kuning
200 gram isi ayam atau daging
1 sudu sos tiram
1 sudu sos cili
2 ulas bawang putih – ditumbuk kasar
3 biji bawang merah – ditumbuk kasar
tepung jagung
sawi
kicap masin
serbuk perasa
garam

cara membuat :

tumiskan bawang putih serta bawang merah
masukkan mi dan gaul sebati. Ketepikan
masukkan isi ayam atau daging dalam kuali bersama sedikit air
selepas itu masukkan sos cili serta sos tiram bersama sawi. Biarkan mendidih seketika masukkan dan masak sehingga pekat
kemudian curah kuah ke atas mi yang telah digoreng tadi. Sedia dihidangkan.

mi tomato




Bahan- bahan :

500 gram mi
3 sudu sos tomato
5 biji buah tomato – dikisar
250 gram isi ayam
5 ekor sotong
5 ekor udang
sawi
lobak merah
2 ulas bawang putih – ditumbuk kasar
3 biji bawang merah – ditumbuk kasar
serbuk perasa
garam
sedikit tepung jagung

cara membuat :

tumiskan bawang putih dan bawang merah
masukkan mi. Angkat ketepikan’
masukkan isi ayam, sotong dan udang dalam kuali bersama air
selepas itu, masukkan sos tomato sawi dan lobak merah. Biarkan mendidih seketika.
letakkan buah tomato yang dikisar bersama tepung jagung. Masak sehingga pekat
curahkan kuah ke atas mi yang telah digoreng tadi. Sedia dihidang.

Ikan terubuk masin




Bahan – bahan :

1 ekor ikan terubuk masin – dipotong 3 hingga 4 bahagian
2 batang serai – dihiris
sedikit halia – dihiris
sedikit lengkuas – dihiris
serbuk perasa
garam

cara membuat :

letakkan kesemua bahan yang telah dihirs bersama ikan terubuk
masukkan garam dan serbuk perasa
kukus sehingga masak
sedia untuk dihidangkan

sambal ikan bilis tumbuk sarawak




bahan – bahan :

100 gram ikan bilis
5 tangkai cili api
2 biji limau kasturi
belacan sarawak
serbuk perasa

cara membuat :

tumbuk cili api sehingga lumat
masukkan ikan bilis dan tumbuk bersama cili api
masukkan belacan sarawak dan serbuk perasa
tumbuk hingga lumat. Sebatikan dengan jus limau kasturi
sedia untuk dihidangkan

Nasi Goreng Dabai



Bahan – bahan :

sepinggan nasi
1 biji telur
sedikit ikan bilis
pes dabai Sarawak
sayur kangkung
serbuk perasa
hirisan bawang

cara membuat :

gorengkan ikan bilis - ketepikan
gorengkan telur dan hancurkan
kemudian, masukkan nasi bersama pes dabai
gaul sebati
kemudian masukkan ikan bilis dan serbuk perasa. Biarkan seketika
masukkan kangkung lal dimasakkan sebentar sebelum dihidngkan