Monday, December 27, 2010
Nasi Daging Air Asam
Bahan A :
1 kg beras
500 gm rempah kurma
500 ml susu cair
500 ml minyak sapi
3 helai daun pandan
1.5 liter air
Garam
Bahan B :
100 gm bawang merah
3 cm halia
50 gm bawang putih
3 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
Bahan Untuk Air Asam :
100 gm tomato - dihirs
5 tangkai cili padi - dihiris
4 biji cili merah - dihiris
3 ulas bawang merah - dihiris
1 sudu kerisik
Sedikit belacan bakar
Sedikit air asam jawa
Jus limau nipis secukupnya
Cara Membuat :
1. Panaskan minyak sapi dan tumis bahan B
2. Masukkan rempah kurma dan masak hingga wangi.
3. Masukkan daging, air, susu, daun pandan lalu kacau hingga sebati.
4. Apabila mendidih, masukkan beras. Perlahankan api lalu biarkan ia masak hingga nasi kuning
5 Sedia untuk dihidang.
Cara membuat air asam :
1. Masukkan ke semua bahan yang dihiris ke dalam mangkuk. Gaul sebati.
2. Hidangkan bersama nasi daging yang siap dimasak tadi.
Udang Lemak Cili Padi Kulit Rambai
Bahan - Bahan :
700 gm udang
10 tangkai cili padi - dikisar
3 cm kunyit hidup - dikisar
2 batang serai - diketuk
300 ml santan
100 gm kulit rambai kering
Garam secukup rasa.
Cara Membuat :
1. Masukkan bahan yang telah dikisar bersama serai, santan kedalam periuk.
2. Menggunakan api sederhana, masak hingga mendidih
3. Kemudian, masukkan kulit rambai dan udang. Biarkan ia masak.
4. Angkat dan sedia dihidang.
Gulai Ikan Sawah
Bahan Untuk Isi :
2 ekor ikan haruan
5 ekor ikan puyu
2 ekor ikan keli
200 gm serbuk kari ikan
150 gm bawang merah - dikisar
100 gm bawang putih - dikisar
300 ml santan
1 kuntum bunga kantan
100 gm bendi
100 gm tomato
100 g timun
Sedikit daun kesum
Sedikit air asam jawa
Sedikit minyak masak
Cara Membuat :
1. Panaskan minya, tumis bahan-bahan yang dikisar bersama daun kesum dan bunga kantan. Kacau hingga sebati.
2. Masukkan serbuk kari ikan dan kacau hingga pecah minyak.
3. Selepas itu, masukkan air asam jawa dan santan. kacau hingga mendidih.
4. Apabiula mendidih, masukkan ikan, bendi, tomato dan timun.
5 Setelah masak, angkat dan sedia dihidangkan.
Sunday, December 26, 2010
Ikan Lempeng
Bahan - Bahan :
Ikan siakap 4 ekor
Daun pisang
Minyak untuk menggoreng
Bahan Untuk Kuah :
Sebiji Kelapa - diambil santannya
7 tangkai cili api
Kunyit hidup
Bawang kecil 3 biji
Bawang putih 2 ulas
Bawang besar 1 biji - dipotong 4
Sekeping asam keping
Gula dan Garam
Cara Membuat :
1. Tumbuk kunyit bersama sedikit garam sehingga lumat. Masukkan cili api, bawang kecil dan bawang putih. Tumbuk hingga hancur.
2. Tumiskan bahan tadi hingga naik bau. Masukkan santan, gula dan garam secukup rasa. Kemudian bawang besar dan asam keping. Biarkan mendidih seketika. Ketepikan.
3. Sediakan kuali leper, letakkan sedikit minyak untuk menggoreng, kemudian letakkan daun pisang di atas minyak tadi.
4. Masukkan kuah yang telah dimasak tadi ke atas daun pisang. Kemudian letakkan ikan. Biarkan ikan mereneh didalam kuali tersebut selama 4 jam (mengikut petua orang tua jika ingin ikan lebih sedap) . Api biarlah kecil.
5. Setelah siap, boleh dihidang .
Air Asam Boi
Bahan - Bahan :
3 sudu kecil serbuk asam boi
3 sudu kecil gula
1 biji limau nipis
1 gelas air suam
Sedikit ais kiub
Cara Membuat :
1. Masukkan suku gelas air panas ke dalam gelas. Tambahkan serbuk asam boi dan gula.
2. Setelah sebati, masukkan air sehingga 3 suku gelas. Perah limau nipis. Kacau sebati dan masukkan ais batu. Hidangkan.
Sirap Bandung
Bahan - Bahan :
200 ml aiskrim soda
200 ml susu sejat
150 ml sirap merah ros/pandan
1/2 sudu teh esen vanila
Sedikit kiub ais
Cara Membuat :
1. Campurkan semua bahan kecuali ais krim soda dan ais kiub
2. Kacau sehingga larutan susu dan sirap sebati dan berbuih kira-kira 10 minit. Ini penting bagi mengelakkan sirap bandung 'pecah' apabila dihidang nanti.
3. Tuangkan ais krim soda perlahan-lahan sambil terus mengacau. Keluarkan buih yang terhasil. Sedia untuk dihidang.
Saturday, December 25, 2010
Puding Krim Karamel
Bahan - Bahan :
500 gm gula pasir - dimasak
200 ml air putih
1 liter susu segar
2 sudu makan esen vanila
10 biji telur
Cara Membuat :
1 Masak gula bersama air hingga bertukar wrna coklat keemasan. Letak di dalam mangkuk dan sejukkan.
2. Dalam pada itu, panaskan susu segar dan masukkan esen vanila, gula dan telur. kacau hingga sebati. Selepas itu, tuangkan air gula yang telah dimasak tadi.
3 Masak di dalam ketuhar dengan suhu 180 darjah selama 45 minit. Setelah masak, sejukkan dalam peti sejuk dan hidangkan.
Kuih Lepat Pisang
Bahan - Bahan :
4 biji pisang emas/pisang raja
10 gm gula pasir
30 gm tepung gandum siap diayak
1 sudu garam
100 gm kelapa parut
8 keping daun pisang
1 helai daun pandan
Cara Membuat :
1. Didihkan air dalam periuk kukus. Dalam pada itu celur atau layurkan daun pisang. Lapkan kering daun dan ketepikan.
2. lecek pisang dalam mangkuk adunan lalu campurkan gula, garam, kelapa dan tepung gandum. kacau rata.
3. Letakkan sekeping daun pandan atas sehelai daun pisang dan masukkan 2 sudu makan adunan pisang tadi. Bungkus dengan kemas.
4. Kukus selama 15 - 20 minit.
Kuih Seri Muka
Bahan - Bahan :
180 gm beras pulut
200 gm santan
1 1/2 sudu makan garam
1 cawan pati santan
2 biji telur
3 sudu besar gula pasir
1/2 cawan pati daun pandan
25 gm tepung gandum
1 sudu besar te[ung jagung
1 sudu makan pewarna hijau
Cara Membuat :
1. Kukus pulut dengan santan, garam dan daun pandan hinga pulut masak
2. Kemudian bancuh tepung jagung dengan sedikit santan. Masukkan telur dan gula. Kacau hingga rata.
3. Campurkan pati daun pandan dan sedikit pewarna. Apabila pulut masak, tekan dengan senduk untuk memampatkan isinya.
4 Tuang bancuhan tadi dan kukus selama 20 minit hingga 30 minit. Sejukkan dan potong. Hidangkan
Salad Betik
Bahan - Bahan :
1 mangkuk betik muda (sederhana besar ) - dicincang
2 biji tomato - dihiris
1/2 biji lobak merah - dicincang
1 biji limau nipis - diambil jusnya
1 sudu udang kering - ditumbuk
1 sudu sos ikan
1 sudu gula
4 tangkai cili padi - dihiris halus
Cara Membuat :
1. Campurkan ke semua bahan di atas dalam mangkuk
2. Gaul sehingga sebati dan jika ingin lebih pedas, tambahkan cili padi lagi.
3. Sedia dihidang.
Kerabu Jantung Pisang
Bahan - Bahan :
1 biji jantung pisang - direbus dan dihiris halus
10 tangkai cili padi
1/2 cawan santan
2 sudu besar udang kering
2 biji cili merah
1 batang serai
1/2 inci halia
2 biji bawang besar - dihiris
1/2 sudu besar lada hitam
200 gm perut lembu - direbus hingga lembut
2 biji limau nipis
4 sudu besar kerisik
Garam dan Gula
Cara Membuat :
1. Maskkan santan bersama cili padi, serai, halia dan udang kering yang telah dikisar. Masak sehingga pecah minyak. Masukkan serbuk lada hitam.
1 biji jantung pisang - direbus dan dihiris halus
10 tangkai cili padi
1/2 cawan santan
2 sudu besar udang kering
2 biji cili merah
1 batang serai
1/2 inci halia
2 biji bawang besar - dihiris
1/2 sudu besar lada hitam
200 gm perut lembu - direbus hingga lembut
2 biji limau nipis
4 sudu besar kerisik
Garam dan Gula
Cara Membuat :
1. Maskkan santan bersama cili padi, serai, halia dan udang kering yang telah dikisar. Masak sehingga pecah minyak. Masukkan serbuk lada hitam.
2. Gaulkan jantung pisang yang telah dihiris dengan perut lembu, bawang besar dan cili yang telah siap dihiris nipis serta santan
3. Perahkan asam limau dan masukkan garam, gula serta kerisik. Gaul hingga rata dan hidang.
Udang Tempoyak Daun Kayu
Bahan - Bahan :
1 kilo udang
3 papan petai
1 biji kelapa - diambil santannya
4 sudu besar tempoyak
Garam dan serbuk perasa
Bahan Untuk Digiling :
10 tangkai cili padi
1 inci kunyit hidup
1 biji kelapa - diambil santannya
5 ulas bawang merah
Bahan Untuk Dihiris :
5 batang serai
4 helai daun kunyit
5 tangkai pucuk ubi
3 tangkai pucuk labu
4 helai daun kaduk
Cara Membuat :
1. Udang dibersihkan. Kupas petai dan ambil isinya, manakala kulitnya dibuang bersih.
2. Masukkan santan bersama bahan yang telah digiling tadi dan panaskan hingga pekat.
3. Kemudian masukkan bahan-bahan yang telah dihiris tadi dan diikuti dengan petai, udang dan tempoyak.
4. Tambahkan garam dan serbuk perasa. Kacau seketika dan sedia untuk dihidangkan.
Ikan Pari Bakar
Bahan - Bahan :
ikan Pari
Kunyit
Garam
Bahan untuk Sos :
5 tangkai cili merah besar
5 tangkai ciki padi
1 batang bungan kantan
2 tangkai daun kesum
1 mangkuk air asam jawa
1 biji bawang besar
1 biji tomato
Sedikit belacan
2 biji asam limau
Cara Membuat :
1. Lumurkan ikan dengan garam dan kunyit. Bakar ikan pari sehingga masak dan letakkan di dalam pinggan hidangan. Ketepikan
2. Campurkan ke semua bahan untuk membuat sos dan tuangkan di dalam mangkuk sos. Hidangkan bersama ikan pari yang telah dibakartadi.
Thursday, December 23, 2010
Mee Jawa
Bahan - Bahan :
1 kg mi kuning
300 gm tauge
200 gm daging - direbus dan simpan airnya untuk stok
4 biji telur rebus
6 tangkai daun sup
1 biji cili hidup - dihiris
100 gm bawang goreng
Bahan Untuk Kuah :
4 biji keledek - rebus dan dilenyek
100 gm udang kering
3 sudu teh serbuk kari
2 ulas bawang putih ditumbuk
Garam
Minyak masak
Cara Membuat :
1. Celur mi kuning serta tauge. Ketepikan
2. Panaskan minyak masak dalam periuk kemudian tumis bawang putih, udang kering dan serbuk kari hingga garing.
3. Masukkan stok daging, keledek dan daging. Masak hingga daging lembut.
4. Kemudian masukkan udang dan garam. Biarkan i hingga mendidih. Angkat dan hidangkan bersama mee, daging, telur, daun sup, cili hidup serta bawang goreng.
Mee Laksa Sarawak (Bihun)
Bahan - Bahan :
500 gm bihun
300 gm udang
4 biji telur
200 gm isi udang
200 gm tauge
6 tangkai daun sup
Bahan Untuk Kuah Laksa :
500 gm sambal laksa
500 gm santan
200 gm susu cair
300 gm tulang ayam
Cara Membuat :
1. Rebus bihun bersama tauge
2. Kemudian, rebus udang (bersama kulit) dan ayam ke dalam 2.5 liter air dan biarkan mendidih.
3. Keluarkan udang dan ayam dari air rebusn. Isi ayam dicarik-carik hingga halus manakala udang dibuang kulitnya.
4. Masukkan perencah laksa dan kacau menggunakan api yang perlahan. Setelah mendidih, masukkan susu cair dan santan. Masukkan garam dan biar seketika
5. Masukkan bihun dalam mangkuk
6. Hiaskan dengan teur rebus dipotong bersama tauge isi ayam, udang dan daun sup. Sedia dihidang.
Wednesday, December 22, 2010
Ayam Pandan
500 gm ayam - dihiris kecil
30 helai daun pandan yang besar
Bahan Untuk Diperap :
20 gm bawang putih - ditumbuk
6 batang akar daun ketumbar
1 sudu besar serbuk lada putih
1 sudu besar sos ikan 1 sudu besar gula
1 sudu besar gula
1 sudu besar serbuk kari Thao
1 sudu makan kicap pekat
Cara Membuat :
1. Akar daun ketumbar dicincang halus kemudian dicampur dengan bagan-bahan perapan. Perap ayam dengan bahan tersebut selama 3 jam.
2. Kemudian bungkus ayam dengan daun pandan.
3. Setelah dibungkus, kukus selama 10 minit dan kemudian goreng. Hidangkan ketika masih panas.
Ayam Percik Kelantan
1 ekor ayam
1 mangkuk santan (diambil daripada sebiji kelapa)
Bahan Untuk Dikisar :
5 ulas bawang putih
5 tangkai cili kering
1/2 sudu besar jintan manis
1 keping asam keping
2 sudu besar tepung beras - cairkan dengan air
100 gm gula melaka
Garam, gula dan serbuk perasa.
Cara Membuat :
1. Masukkan santan kedalam periuk bersama bahan yang telah dikisar. Didihkan dengan api yang perlahan.
2. Masukkan asam keping, tepung beras yang dicairkan, garam, gula serta serbuk perasa secukup rasa. Masak hingga pekat.
3. Setelah itu, gaulkan bersama ayam dan bakar atau panggang sehingga kekuningan. Hidangkan.
Daging Bakar Air Asam
500 gm daging batang pinang
1 sudu besar serbuk lada hitam
4 sudu serbuk cili
1 sudu besar bawang putih - dikisar
1/2 inci halia - dikisar
Garam & Gula
Bahan Untuk Membuat Air Asam :
10 tangkai cili padi dihiris
10 biji tomato - dihiris
1 biji bawang besar - dihiris
1/2 sudu besar belacan
1 mangkuk air asam jawa
1 biji limau nipis
Garam & Gula
Cara Membuat :
1. Perap daging dengan serbuk cili, lada hitam dan bahan yang telah dikisar. Perapkan selama 1 jam.
2. Bakar daging dengan suhu 180 darjah celsius selama 1 jam.
3. Ambil air asam jawa, campurkan bersama belacan, cili padi, tomato, bawang besar, garam dan gula secukup rasa dan air limau nipis. Hidangkan bersama dengan daging yang telah siap dibakar.
Ikan Siakap Kukus Asam Limau
1 ekor ikan siakap
5 biji limau nipis - diambil jusnya
2 sudu sos ikan
Garam & Gula
Bahan Dicincang :
10 tangkai cili padi
5 batang daun ketumbar
5 ulas bawang putih
Cara Membuat :
1. Ikan dikukus selama lebih kurang 10 minit. Gaulkan bahan-bahan yang dicincang bersama dengan jus limau, sos ikan , gula dan garam secukup rasa.
2. Tuangkan di atas ikan yang telah dikukus. Kuku dalam 5 minit dan angkat. Hidangkan
Sunday, December 19, 2010
Kari Kepala Ikan
Bahan - bahan
1 bahagian kepala ikan merah
5 biji bawang merah dihiris halus
4 ulas bawang putih dihiris halus
1/2 camca teh halba campur
2 biji buah pelaga
2 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
1 tangkai daun kari
3 camca besar erbuk rempah kari (dibancuh dengan sedikit air)
1 cawan pati santan
1/2 cawan air asam jawa
4 biji bendi
2 biji tomato dbleh 2
2 tangkai cili merah dan hijau
minyak untuk menumis
sedikit garam
cara membuatnya :
1. panaskan minyak dalam kuali. tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau
2. masukkan halba campur, buah pelaga, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan daun kari. tumis hingga naik bau
3. masukkan serbuk kari yangtelah dibancuh dan masak hingga pecah minyak. kemudian masukkan kepala ikan, santan dan garam
4. masak hingga mendidih. kemudian masukkan air asam jawa, bendi, tomato, cili hijau. kacau seketika dan hidangkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)